5. Royal Villa at the Grand Resort Lagonissi in Athens, Greece
Resort ini dianggap sebagai salah satu yang terbaik di seluruh Greece, dan tentunya mempunyai harga yang setaraf. Dengan harga sekurang-kurangnya $ 35,000 untuk satu malam, anda boleh mendapatkan suite yang mempunyai dua bilik tidur utama, bilik mandi yang sangat luas, butler peribadi, 'sun bathing room' dan ruang pemandangan yang menarik. Jangan terlepas pandang meja urut dan ahli terapi hanya untuk anda.
4. Penthouse Suite at the Grand Hyatt Cannes Hotel Martinez in Cannes, France
Dengan tersedianya tab jakuzi peribadi, lebih mudah untuk melaburkan $ 37,500 setiap malam yang anda akan habiskan di suite ini, yang mana menghadap Teluk Cannes. Kedudukan di tingkat ketujuh, penthouse ini menawarkan dua bilik tidur utama, ruang tamu, dua bilik mandi marmar dan ruang makan. Akan tetapi, khidmat butler akan dikenakan bayaran tambahan.
3. Hilltop Estate Owner’s Accommodation at the Laucala Island Resort on the Laucala Island, Fiji
Penginapan ini adalah sangat sukar untuk ditempah. Kerana anda sebenarnya perlu memohon melalui aplikasi dan menunggu, dan berharap pemilik menghubungi anda kembali dan meluluskan tempahan anda. Kebiasaannya, hanya jutawan yang diluluskan untuk menikmati resort yang bernilai $ 40,000 untuk satu malam yang ditawarkan di sini. Dengan resort yang dimiliki oleh jutawan Red Bull Dietrick Mateschitz, kita hanya boleh meneka apa suite ini menawarkan, kerana mereka hanya menyenaraikan harga, bukan kemudahannya. Gunakan imaginasi anda menerusi harga dan kedududakan resort tersebut.
2. Ty Warner Penthouse at the Four Seasons Hotel in NYC
Four Seasons menawarkan bilik hotel $ 45,000 setiap malam. Dengan bantal sutera Jepun abad ke-18, anda akan mendapat tidur malam yang nyenyak. Sebuah perpustakaan peribadi menawarkan lebih dari 100 buah buku, dan pemandangan dari lantai ke siling 360 darjah bermakna anda akan mempunyai penthouse terbaik di NYC. Sudah tentu, kos yang diletakkan bernilai sama harga dengan sebuah kereta mewah untuk setiap satu malam. Tetapi, siapa yang kisah?
1. Royal Penthouse Suite at the Hotel President in Geneva, Switzerland
Disedia untuk golongan kaya, suite ini akan mengenakan sebanyak $ 67,000 setiap satu malam, dan dianggap sebagai bilik hotel paling mahal di dunia. Anda akan mendapat 12 bilik tidur dan 12 bilik mandi dengan 1,800 meter persegi ruang yang menghadap Tasik Geneva dan Alpen Switzerland. Duduk dengan selesa dan menonton TV plasma 103 inci, nikmati koleksi seni halus dan bermain piano grand Steinway, dan jangan difikirkan berapa cepat anda boleh mengurangkan nilai akaun bank anda.
SHARE US →